• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

'DESCENDANTS OF THE SUN' TERIMA ANUGERAH DRAMA SIRI TERBAIK ASIA

DRAMA terbitan KBS iaitu Descendants of The Sun muncul sebagai pemenang anugerah Drama Bersiri Terbaik


Back To Whats Hot

DRAMA terbitan KBS iaitu Descendants of The Sun muncul sebagai pemenang anugerah Drama Bersiri Terbaik pada Asian Television Awards (ATA) yang diadakan di Singapura pada 2 Disember lalu.

 

Soompi melaporkan siri itu mendapat rating tertinggi ketika ia ditayangkan pada awal tahun ini di seluruh negara Asia.

Malah Descendants of The Sun berjaya memecah rekod di Korea Selatan apabila berjaya mendapat rating tertinggi iaitu sebanyak 30 peratus.

Kali terakhir sesebuah drama mendapat rating melebihi 30 peratus adalah The Moon That Embraces The Sun yang ditayangkan pada 2012.

Drama bersiri itu menampilkan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang turut mendapat beberapa pencalonan lain pada ATA.

Dilancarkan pada 1996, ATA mempertandingkan 41 trofi pada penganjuran tahun ini yang acara itu dapat disaksikan di seluruh dunia.