WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JENNA ORTEGA TOLAK SCREAM VII

Jenna telah meninggalkan lokasi penggambaran dan enggan untuk meneruskan jadual yang telah ditetapkan


Back To Whats Hot

Pelakon muda terkenal, Jenna Ortega menarik diri daripada membintangi filem Scream VII selepas salah seorang pelakon filem tersebut, Melissa Barrera dipecat atas tindakan anti-Yahudi selepas mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin secara terbuka.

Menurut laporan Variety, Jenna telah meninggalkan lokasi penggambaran dan enggan untuk meneruskan jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, terdapat sumber memberitahu alasan Jenna enggan meneruskan penggambaran filem Scream VII bukan disebabkan pemecatan Barrera, namun atas kehendaknya sendiri.

Difahamkan, pelakon muda berusia 22 tahun itu juga turut lantang bersuara mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin dalam media sosial miliknya.

Selepas meninggalkan set Scream VII, Ortega dikatakan memilih untuk melanjutkan penggambaran siri Netflix terkenal, Wednesday 2 yang bakal ditayangkan tidak lama
lagi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini