WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: TEBUSAN ISRAEL AKUI DILAYAN BAIK OLEH HAMAS

Beberapa tebusan tiba dengan menaiki helikopter di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Israel kelmarin - Foto AFP


Back To Whats Hot

BANDAR GAZA - Beberapa penduduk Israel yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Hamas menyatakan bahawa mereka dilayan secara berperikemanusiaan sepanjang berada dalam tahanan di Gaza, lapor laman berita Al Mayadeen semalam.

Laman berita Israel, Walla! ketika memetik saudara-mara tahanan Israel berkata, tebusan mengakui tidak melalui apa-apa pengalaman yang tidak menyenangkan. 

“Tiada cerita menakutkan yang kami (keluarga tawanan) sangkakan telah berlaku,” kata mereka.

Tambah mereka lagi, walaupun Hamas didakwa mengancam untuk memukul tahanan yang enggan memberikan kerjasama, tebusan mengakui bahawa ketika menunggang motosikal di Gaza, anggota kumpulan pejuang Palestin berkenaan tidak melakukan perbuatan tersebut.

Kelmarin, media Israel mendedahkan bahawa 24 tebusan telah dibebaskan, dan kesemua mereka semua berada dalam keadaan yang agak baik.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini