WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SHARNAAZ AHMAD MASIH SOLO

Foto Atas Pelamin Undang Spekulasi - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyangkal dakwaan kononya dia sudah menamatkan zaman dudanya apabila dia memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya. 

Menjelaskan kekeliruan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basri Ahmad,38, berkata, perkongsian yang dibuat itu sekadar gurauan. 

“Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar. 

Kisah Sharnaaz menjadi bualan netizen apabila dia berkongsi foto mereka berpakaian sedondon biru muda ketika duduk di atas pelamin dan turut kelihatan dalam foto berkenaan anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden, 5. 

Lebih menguatkan spekulasi, Sharnaaz juga turut menulis kapsyen dan tanda pagar seolah-olah dia kini sudah bergelar suami. 

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda”, jelasnya. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini