WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ZAINAL, FYNA DUA MINGGU BERCERAI

Punca Perceraian Disebabkan Tiada Persefahaman - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Mahligai rumah tangga dibina bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat sejak awal tahun ini dilaporkan sudah musnah.

Perkembangan itu disahkan saudara terdekat Zainal yang memberitahu pasangan itu bercerai sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, punca perceraian pasangan itu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

"Apa yang dikongsikan anak Zainal boleh saya cakap betul. Mereka sudah bercerai dua minggu lalu.

"Punca cerai disebabkan kedua-dua isteri Zainal tiada persefahaman. Jadi, mereka ambil keputusan bercerai,"

Perceraian Fyna dan Zainal dikongsikan oleh anak perempuan Zainal, iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini