WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ANAK SULUNG MINTA LAN SOLO BERHENTI JADI ARTIS

Tak Tahan Jadi Sasaran Kecaman, Semua Benda Salah Di Mata Netizen - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Isteri kepada penyanyi Lan Solo berkongsi rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya yang sering menerima kecaman netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan. 

Hanya kerana Amna, 11, anak seorang selebriti semua yang dilakukannya tidak kena di mata orang ramai. Jelasnya, anak perempuannya itu terlalu kecil untuk faham dan berdepan dengan situasi tersebut malah sudah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan perkara negatif, jelas Nur Sheila Hassim.

Menurut perkongsian yang dikongsikan oleh Nur Sheila menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Sheila mendedahkan Amna pernah hampir berputus asa dengan apa yang dilaluinya sehingga meminta bapanya, Lan untuk tidak menjadi seorang artis. 

“Sampai satu tahap dia putus dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam.

“Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan”, ujarnya. 

Sheila bagaimanapun tertanya-tanya adakah netizen tidak pernah mengalami zaman kanak-kanak sehingga tidak pernah memahami situasi yang dialami oleh Amna. 

Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan itu turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu, Nur Amna Qeesyara,8, Muhammad Akid Qassyaff,7, dan Nur Amna Quxandra,5.

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini