• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

BEKAS ISTERI SAM BUNKFACE TAK MAHU NAFKAH ANAK DIKURANGKAN

Aida Tidak Setuju Jika Nafkah Dikurangkan - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

SHAH ALAM - Bekas isteri Sam Bunkface, Aida Azira Hussin tidak bersetuju jika jumlah nafkah sebanyak RM 1,300 dikurangkan atas alasan boleh menyebabkan anak mereka, Maleeq,7, tidak dapat menjalani kehidupan sempurna. 

Aida juga berkata, jika nafkah bulanan dipinda, dia perlu mengurangkan perbelanjaan anaknya. 

"Sekiranya nafkah dikurangkan, bermakna saya perlu kurangkan perbelanjaan anak. Kos itu termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan ke sekolah dan utiliti seperti bil air dan elektrik.

"Jika dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan Maleeq di mana setiap kali mengambilnya dari sekolah, anak saya berbelanja kira-kira RM15 untuk membeli makanan seperti ais krim dan 'toys' (permainan).

"Selain itu, anak tidak selesa kerana perlu mengehadkan penggunaan penghawa dingin yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)" katanya.

Aida memaklumkan jumlah nafkah anak sebanyak RM 1,300 yang diperoleh daripada Sam digunakan untuk membayar pelbagai keperluan antaranya insurans dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang perlu dibayar secara bulanan, selain perubatan dan makanan. 

Sam atau nama sebenar, Shamsul Annuar Baharum, 35, turut mengulas punca jumlah nafkah anak mereka, dikurangkan, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika itu, Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad, selain lebih dua tahun perniagaan diusahakan terjejas.

Bagaimanapun, Sam menyerahkan keputusan kepada mahkamah.

"Saya hanya ingin mencari keadilan dan berharap keadilan akan berpihak kepada saya.

"Tiada apa yang hendak saya cakapkan. Biarlah mahkamah yang tentukan. Selain daripada itu, kena tanya kepada Puan Aida," katanya yang ditemani isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi ke mahkamah.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini