WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JOHNNY DEPP TERIMA SAMBUTAN HANGAT DI CANNES

Pelakon Popular Johnny Depp Kekal Sebagai Pelakon Penuh Kontroversi - Sumber Foto AFP


Back To Whats Hot

CANNES - Di sebalik kontroversi, pelakon popular Johnny Depp menerima sambutan hebat daripada peminat ketika beliau menghadiri Festival Filem Cannes, melalui kemunculan semulanya dalam filem Jeanne du Barry. 

Kerjaya Depp sebelum ini merosot selepas terpalit dengan dakwaan keganasan rumah tangga bersama bekas isterinya, Amber Heard walaupun beliau menang dalam kes itu. 

Terdapat juga pertikaian daripada beberapa pihak berhubung pemilihan filem itu sebagai tayangan pembukaan pada acara gah terbabit.

Depp, 59, yang mengikat rambutnya dan memakai cermin mata hitam, menghabiskan beberapa minit melayan peminatnya untuk bergambar dan menandatangani autograf, sebelum tayangan filem yang beliau memegang watak sebagai Raja Louis XV.

Depp kekal sebagai pelakon penuh kontroversi sejak beberapa insiden pergaduhan di mahkamah, yang mendedahkan sisi kehidupan gelap peribadi beliau yang diselubungi dadah, alkohol dan dakwaan penderaan rumah tangga.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini