WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HAFIDZ ROSHDI FAIL DUA HADANAH PENUH, SEMENTARA TERHADAP ANAK

Tuntutan Hadanah Atau Hak Penjagaan Difailkan Oleh Hafidz - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hafidz Roshdi, 29 memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah,6, dan Umar,2, di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. 

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Hafidz, iaitu Ummi Kartini Abd Latiff ketika dihubungi, hari ini. 

Tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh difailkan Hafidz selaku plaintif pada 18 April lalu dengan menamakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebagai defendan, manakala hadanah sementara atau interim pula difailkan, Jumaat lalu.

Ummi Kartini berkata, hadanah interim itu difailkan agar Hafidz diberi hak lawatan yang tetap bagi memudahkan anak guamnya bertemu dan berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Hari Raya bersama dua anaknya.

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.

Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini