WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SISTEM JUALAN TIKET COLDPLAY SESAK

Ramai Peminat Coldplay Kesal Dengan Sistem Jualan Tiket - Sumber Foto Twitter Coldplay Malaysia


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR -  Sistem penjualan tiket konsert jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang dijadualkan pada 22 November 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, tergendala. 

Ini berikutan laman web Go Live-Asia yang merupakan laman rasmi penjualan tiket mengalami kesesakan selepas dibuka sejak pagi tadi. 

Ramai peminat Coldplay meluahkan perasaan kesal dalam media sosial berikutan kesesakan laman rasmi penjualan tiket apabila laman tersebut memapar mesej ralat yang menyatakan ‘ralat:kadar melebihi’ selepas pelayar klik pada bahagian ‘Beli Sekarang’. 

Laman itu dibuka untuk penjualan tiket bagi pemegang kad CIMB Bank pada jam 10 pagi, namun peminat Coldplay mula beratur bermula jam 9 pagi ini. 

Harga tiket dijual antara RM228 ke RM3,088, namun terdapat juga harga lain iaitu RM2,108 sehingga RM1,258 dan pemegang tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif dan hadiah direka khas.

Sumber: Malay Mail

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini