WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

HAILEY BIEBER TAK SABAR TIMANG CAHAYA MATA

Bimbang Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen - Sumber Foto Google Images


Back To Whats Hot

Dalam satu temu bual baru-baru ini, model Hailey Bieber berkongsi perancangan ingin mempunyai anak bersama suaminya, Justin Bieber. 

Memetik laporan Mirror UK, Hailey, 26, berkata dia dan Justin sudah bersedia menanti kehadiran cahaya mata namun mengakui takut untuk melalui situasi baharu itu. 

"Saya sangat mahukan cahaya mata tetapi saya takut. Cukuplah orang berkata tentang suami dan rakan-rakan saya.

"Saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak-anak saya menjadi bahan bualan netizen," katanya.

Hailey juga pernah bercakap soal anak dalam temubual bersama Harper’s Bazaar mengenai usaha yang dilakukan dalam perkahwinan mereka. 

Untuk rekod, Hailey dan Justin menjalin hubungan cinta pada 2015 hingga sekitar Januari 2016 dan berpisah, mereka kemudiannya menjalin hubungan semula pada Jun 2018 dan bertunang pada Julai berikutnya. 

Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin pada November 2018 dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mirror.Co.Uk

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini