KUALA LUMPUR- Penyanyi, Cat Farish dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong.
Pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik rakaman video aksi ala filem Wes Anderson di Instagram.
"Di sebalik 'reels' ada makna, duk pandang-pandang, duk jeling, duk pi mana pun tang tu juga... Tang mana tu?
"Tunggu nak halalkan saja. Insya-Allah, doa-doa yang baik," tulis Cat ringkas.
Perkongsian Cat menjadi persoalan kepada pengikut apabila ada yang mendakwa Cat dan Shikin bakal disatukan dalam masa yang terdekat.
Rata-rata warganet dan peminat mula berteka-teki pasangan terbabit bakal bernikah, tidak lama lagi dan ramai yang mendoakan agar urusan Cat dan Shikin dipermudahkan.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
I would love to receive more updates from CatsFM !