WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ANAK RIDZUAN HASHIM MAHU PAKAI BARANGAN PERIBADI ARWAH SEMASA NIKAH

Didie Alias Bimbang Tak Mampu Kawal Emosi - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Pemergian pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim memberi kesan kepada lima orang anaknya yang masih lagi bersedih terutamanya Muhammad Dhanial, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 

Walaupun Dhanial sibuk menguruskan persiapan majlis pernikahannya yang akan diadakan di Tawau, Sabah pada 20 Mei ini. Didie, 52, berkata kesedihan masih jelas terpancar di wajah anak lelakinya itu. 

Dhanial menyuarakan hasrat ingin memakai barangan peribadi arwah seperti jam tangan dan samping pada hari pernikahan dan majlis persandingannya. 

Menurut Didie, “Dhanial masih dalam tempoh terkejut dan bersedih, Dhanial ada cakap dia tidak mahu terlalu berbelanja, malah dia mahu pakai barangan yang ada dalam almari arwah ayahnya untuk hari pernikahan dan persandingan.”

“Dia juga turut mencari sepasang sut arwah yang mahu dikecilkan saiznya untuk dipakai semasa majlis kahwinnya”. 

“Kami sekeluarga sentiasa memberi semangat buat Dhanial. Tapi sekarang ini yang paling saya risaukan adalah detik dia bernikah nanti. Takut dia tidak dapat kawal emosi”, ujarnya.

Untuk rekod, Didie dan Allahyarham Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991, namun berpisah pada 2002. Selain Dhanial, mereka juga dikurniakan empat cahaya mata perempuan. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini