WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TAHNIAH NEELOFA! PILIHAN HOS PROGRAM ANTARABANGSA

Terpilih Menjadi Selebriti Tempatan Pertama Untuk Program Antarabangsa - Sumber Foto Ihsan Neelofa


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Neelofa, 34, terpilih menjadi selebriti tempatan pertama yang dipilih syarikat antarabangsa, Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatannya ke seluruh dunia. 

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia bertindak sebagai hos bersama Airbnb bagi Kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini. 

Hos program Next To Neelofa itu berkata, ia adalah peluang terbaik dan tidak akan mensia-siakannya, apatah lagi dapat menjadi sebahagian daripada syarikat terkemuka itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila dipilih menjadi hos bersama bagi kempen ini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di lokasi lain pula.”

Sementara itu, suaminya yang juga pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz turut meluahkan rasa syukur apabila isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

"Sebagai suami, tentu sahaja saya gembira dan bersyukur, walaupun sudah berniqab dan menutup aurat, tetapi masih diterima ramai.”

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini