WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BUNKFACE SASAR 6,000 HADIR KONSERT ULANG TAHUN KE-10

Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 24 Disember depan


Back To Whats Hot

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 28, berkata, atas dasar itu juga mereka memilih Stadium Chin Woo di sini sebagai lokasi bagi membolehkan lebih ramai penonton hadir.

“Kami boleh pilih lokasi lebih kecil seperti KL Live tetapi ia hanya mampu memuatkan 2,000 penonton berbanding Stadium Chin Woo iaitu kapasiti 6,000.

“Bersempena ulang tahun ke-10 Bunkface kami ingin melihat lebih ramai peminat hadir tambahan pula lokasi tersebut strategik dan berdekatan dengan stesen LRT,” katanya kepada mStar Online.

 

Bunkface ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Menara Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Konsert anjuran Bunkface Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu bakal berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Sam berkata, pada konsert itu nanti mereka bakal menyampaikan 20 buah lagu termasuk lagu baharu.

Bunkface bakal menyampaikan 20 buah lagu buat peminat pada konsert itu nanti.
BUNKFACE BAKAL MENYAMPAIKAN 20 BUAH LAGU BUAT PEMINAT PADA KONSERT ITU NANTI.

Malah kata Sam, mereka juga akan memberi penekanan kepada aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan bagi memberi impak kepada persembahan mereka.

“Sebelum ini kami pernah mengadakan beberapa konsert dan mengesan masalah yang perlu diperbaiki.

“Jadi untuk konsert bersempena 10 tahun ini kami pastikan semua kesilapan yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

“Kami bukan hanya memfokuskan kepada senarai lagu sahaja tetapi aspek teknikal seperti bunyi dan pencahayaan kerana ia turut memberi impak,” jelasnya.

Sementara itu, Sam berkata, mereka sudah pun memulakan latihan untuk konsert berkenaan dan menjanjikan persembahan terbaik.

Sebagai bonus untuk peminat, Sam berkata, mereka akan melancarkan album kompilasi berjudul Bunkface X pada awal Disember depan sebagai tanda terima kasih kepada pengikut setia mereka.

Tiket Konsert Bunkface X Live In Kuala Lumpur boleh didapati menerusi www.myticket.asia dan ia dijual pada harga bermula RM50.



Sumber: mStar