WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

PACHARA BUKAN WANITA BAIK, DAKWA AFIQ MUIZ

Pelakon, Afiq Muiz, berang apabila pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Pelakon, Afiq Muiz, berang apabila pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya. Afiq membuat kenyataan balas mendakwa isterinya, Pachara Apin bukanlah wanita yang baik dan pernah mencuranginya.

Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Muiz Azman membalas semula komen yang ditinggalkan oleh netizen dalam posting yang dimuat naik melalui Instagram yang memaparkan fotonya sedang menunggang kuda.

“Isteri kalau baik takpe, Ini macam iblis balik tiga pagi, mabuk, bau arak, makan babi dan keluar dengan jantan (lelaki lain). Fitnah aku pula dayus,” tulusnya.

Dakwaan mengasari isterinya yang dikongsikan oleh Pachara melaui Facebook dan Tiktok tahun lalu, menyatakan segala tuduhan kepadanya adalah fitnah.

Menurutnya, kecewa segala fitnah yang ditabur kepadanya, Afiq kini sudah tawar hati dengan wanita yang berasal dari Ranau, Sabah itu.

“Setelah fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku”, katanya.

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun oleh Afiq.

Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set pengembaraan drama Air Mata Syurga.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini