• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

3 PELAJAR SEKOLAH DIHUKUM MATI TONTON K-DRAMA

Lebih 96 peratus responden di Korea Utara mengaku pernah menonton drama seperti Squid Game dan Crash Landing On You. – All Kpop


Back To Whats Hot

PYONGYANG – Korea Utara menjatuhi hukuman mati terhadap tiga pelajar sekolah menengah kerana menonton drama Korea Selatan (K-drama), lapor portal berita All Kpop hari ini.

Menurut laporan media, tiga pelajar lelaki itu ditangkap sedang menonton dan ‘mengimport’ drama Korea Selatan secara besar-besaran pada awal Oktober lalu.

Mereka dilaporkan menonton beberapa episod drama K-drama  serta program televisyen Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga pelajar itu ditangkap pihak berkuasa ketika cuba mengedarkan drama-drama tersebut dalam kalangan rakan-rakan.

Pada Disember 2020, Korea Utara menguatkuasakan undang-undang baharu di mana mereka yang didapati mengimport atau mengedar bahan-bahan audiovisual Korea Selatan,  akan dijatuhi hukuman mati.

Namun, disebabkan kumpulan sasaran drama adalah golongan bawah umur, undang-undang itu turut dikuatkuasakan ke atas golongan tersebut. 

Meskipun undang-undang tegas seperti itu dilaksanakan, laporan menyebut bahawa budaya Korea Selatan telah pun meresap dalam kalangan penonton Korea Utara.

Menurut beberapa sumber media, lebih 96 peratus responden di Korea Utara mengaku pernah menonton drama seperti Squid Game dan Crash Landing On You.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini