• LISTEN NOW ON AIR

    12/07/22 - 12/07/22

WHAT'S NEXT

12/07/22 - 12/07/22

JURUWANG TERKEJUT PENDAPATAN PENYANYI JALANAN LEBIH BANYAK

Tangkap layar memaparkan senario seorang penyanyi jalanan mengunjungi sebuah pasar raya mini untuk menukar wang. - TikTok


Back To Whats Hot

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan juruwang sebuah pasar mini terkejut apabila mengetahui pendapatan seorang penyanyi jalanan mencecah ratusan ribu rupiah setiap hari, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @chocomelt18.

Seorang penyanyi jalanan berada di sebuah pasar mini dilihat memberi sedikit makanan ringan kepada juruwang itu.

Berdasarkan kapsyen dalam video tersebut, lelaki itu memperoleh pendapatan sehingga 300,000 rupiah (RM90) pada setiap hari. 

Menurut juruwang wanita itu, lelaki tersebut akan menukar duit syiling di kedainya pada setiap hari.

Wanita itu memaklumkan bahawa pendapatan lelaki itu lebih dua kali ganda jika dibandingkan dengan gaji pekerja tetap.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dia berterima kasih kerana membantunya menukar duit syiling,” kata seorang netizen.

“Okay esok saya menjadi penyanyi jalanan,” komen netizen lain.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini