WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KHABY LAME DIBAYAR HINGGA RM3.4 JUTA UNTUK SATU VIDEO

Khaby Lame mempunyai hampir 150 juta pengikut di TikTok. - Edward Berthelot—GC Images


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Pesohor TikTok dengan pengikut paling ramai di platform media sosial itu, Khabane ‘Khaby’ Lame, mendedahkan dia mampu memperoleh sehingga AS$750,000 (RM3.4 juta) bagi sebuah video yang dimuat naik, menyebabkan dia dijangka menjana pendapatan sehingga AS$10 juta (RM45.3 juta) pada tahun ini.

Menurut akhbar New York Post, lelaki yang lebih dikenali sebagai Khaby Lame itu mengatasi Charli D’Amelio sebagai pencipta kandungan paling banyak diikuti Jun lalu dengan mempunyai 149.5 juta pengikut pada usia hanya 22 tahun.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama majalah perniagaan, Fortune, Lame menyatakan bahawa selain berjuta-juta tanda suka yang diperoleh bagi setiap video, dia turut menjana pendapatan lumayan.

Kebanyakan pendapatannya datang daripada tawaran pelbagai jenama dalam bentuk kandungan online. Secara purata, Lame dianggarkan memperoleh kira-kira AS$400,000 (RM1.8 juta) bagi setiap klip video TikTok yang dicipta untuk mana-mana jenama tertentu.

“Kebanyakan pesohor media sosial sampai ke tahap tertentu dalam kerjaya, di mana mereka menyokong beberapa jenama dan mempunyai bayaran tetap untuk kerja-kerja tersebut, tetapi mahukan lebih insentif daripada kerjasama itu.

“Ketika itu, kita mula membincangkan cara yang lebih bermakna untuk menjalin hubungan dengan syarikat atau pihak yang mahu bekerjasama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat pengurusan pesohor media sosial, Digital Brand Architects, Raina Penchansky. 

Video Lame dengan kebanyakannya memaparkan dia tidak bercakap walau sepatah, telah memikat penonton dengan jenaka yang disampaikan menerusi bahasa tubuh yang lucu serta ciri-ciri online lain.

Walaupun mencipta video dengan membongkar helah orang lain, Lame juga mendapat perhatian menerusi kandungan di mana dia menyindir video individu lain atau membuat sketsa sendiri.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini