• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PELAJAR BUTA HURUF DAPAT MARKAH A DALAM PEPERIKSAAN

Oliver Chadwick mendapat gred A*AA dalam peperiksaan paling sukar. -Ralph Allen School


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang pelajar di Britain memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua peperiksaan walaupun tidak boleh membaca dan menulis, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Keupayaan membaca Oliver Chadwick, 18, adalah sama seperti kanak-kanak berusia enam tahun selain mengalami disleksia (gangguan membaca, menulis dan mengeja) yang sangat teruk.

Bagaimanapun, Oliver memperoleh gred A*AA dalam keputusan sijil A-Level yang merupakan peperiksaan paling sukar di peringkat sekolah menengah. Dia ketika ini sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Bristol.

Laman berita Somerset Live melaporkan bahawa Oliver lebih mengalami kesukaran untuk membaca papan tanda.

“Disleksia banyak memberi kesan kepada saya walaupun hanya sedikit dari sudut pandangan anda. 

“Apabila orang mengetahui anda tidak boleh membaca atau menulis, mereka fikir anda tidak boleh melakukan apa-apa. Tetapi ia hanya menjejaskan saya apabila tidak boleh membaca papan tanda,” katanya.

Apabila melanjutkan pelajaran di Sekolah Ralph Allen, Oliver melalui kebanyakan pelajarannya dengan mendengar apa yang guru-guru katakan. Dia mempunyai pembantu pengajar untuk beberapa subjek, walaupun mendapati ia sukar apabila mereka berubah.

Oliver mempunyai bilik peperiksaan khas supaya dia boleh menentukan jawapannya kepada jurutulis. Dia tetap cergas semasa peperiksaan kerana tidak mempunyai pilihan untuk cemas sebelum tempoh tamat. 

“Tiada guna untuk tertekan. Saya sentiasa tenang kerana selalu ada sesuatu yang terlupa untuk jawapan, tetapi perlu menerimanya dan teruskan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini