WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

TRAK BOMBA MINI MAMPU PADAM KEBAKARAN KECIL

Ttrak ini dilengkapi dengan peralatan untuk memadamkan kebakaran kecil. – electrek


Back To Whats Hot

BEIJING – Sebuah jentera bomba bersaiz kecil ditawarkan pada harga kira-kira AS$2,600 (RM11,694) di platform jualan e-Dagang, Alibaba, lapor laman berita Oddity Central, kelmarin.

Trak bomba sebenar kebiasaannya berharga ratusan ribu dolar, tetapi majlis perbandaran, perniagaan atau individu yang ingin melindungi diri daripada kebakaran kini mempunyai pilihan yang berpatutan dan mesra alam. 

Trak bomba Robeta itu merupakan kenderaan elektrik sebenar yang mempunyai satu tempat duduk.

Ia boleh dipandu sejauh 50 hingga 60 kilometer (km) serta mempunyai alat pemadam kebakaran yang berfungsi dengan baik.

Jentera pemadam kebakaran itu hanya berukuran 2.4 meter panjang. Ia dilengkapi lampu diod pemancar cahaya (LED) dan brek hidraulik yang memberikan jarak berhenti hanya 3 meter (m).

Menurut keterangan pada platform jualan Alibaba, trak Robeta didatangkan dengan dua alat pemadam api kecil, hos sepanjang 60 m, kapak kecil dan pelbagai jenis peralatan yang membantu pengguna menangani kebakaran kecil.

Dijual pada harga AS$2,600 (RM11,694), trak bomba elektrik Robeta dianggap murah dan mampu dimiliki. Ia boleh digunakan oleh semua orang walaupun tanpa latihan memadam kebakaran.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini