WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

04.00pm - 08.00pm

LELAKI ‘PERUT TITANIUM’ MAKAN HIDANGAN TAMAT TEMPOH

Wren menganggap makanan yang masih kelihatan dan berbau elok selamat dimakan walaupun sudah tamat tempoh. - TikTok


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang lelaki di England mendapat julukan ‘perut titanium’ kerana tidak jatuh sakit walaupun bereksperimentasi dengan memakan makanan yang tamat tempoh, lapor portal berita MailOnline.

Gavin Wren, 44, dari Forest Gate di timur London, memuat naik rakaman dia menggoreng dan memakan telur ayam yang sudah 73 hari melepasi tarikh tamat tempoh.

Dia juga memakan sapuan hummus yang sudah tamat tempoh selama 17 hari. Baru-baru ini, Wren menyiarkan klip video dirinya memakan satu sudu besar yogurt, 31 hari selepas tarikh penggunaannya.

Walaupun menyeronokkan, Wren sebenarnya menyiarkan cabaran aneh itu untuk membuktikan bahawa banyak makanan yang tamat tempoh masih boleh dimakan.

Dia berkata, Britain membuang 9.5 juta tan makanan setahun walaupun 8.4 juta penduduknya berada dalam fasa kemiskinan makanan.

“Saya terkejut dengan jumlah makanan yang kita buang.

‘Saya dibesarkan dalam keluarga di mana jika sesuatu kelihatan dan berbau baik, bermakna ia masih boleh dimakan. Mungkin itu yang memberikan saya perut titanium.

“Perkara utama dalam cabaran ini adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa makanan boleh bertahan lebih lama daripada yang anda jangkakan.

‘Orang selalu bertanya kepada saya sama ada saya jatuh sakit disebabkan tabiat itu dan saya bersumpah, ia tidak pernah membuatkan saya jatuh sakit,” ujar Wren.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini