WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

NELAYAN TEMUI KETAM MILIKI GIGI SEPERTI MANUSIA

Ketam laut dalam yang mempunyai set gigi seperti manusia dewasa. - fedortsov_official_account


Back To Whats Hot

MOSCOW – Seorang jurugambar dan nelayan laut dalam di Rusia mendapat perhatian netizen  selepas memuat naik hasil tangkapan berupa seekor ketam yang memiliki gigi seperti manusia, lapor laman berita Wionews semalam.

Roman Fedortsov  menyiarkan imej beberapa penemuan laut dalam yang paling luar biasa di  laman Instagramnya.

Gambar paling mendapat perhatian adalah seekor ketam yang memiliki set gigi sempurna seperti manusia dewasa.

“Foto tersebut menerima tanda like dan komen paling banyak pada minggu lalu.

“Ada yang meluahkan rasa kagum dengan keunikan haiwan akuatik ini dan ada juga berasakan rupa fizikal binatang ini melucukan,” kata Fedortsov.

Lelaki itu terkenal sebagai pesohor media sosial yang mempunyai koleksi foto hidupan laut pelik di platform onlinenya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini