WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JURUTERA CIPTA BASIKAL DENGAN RODA ‘PATAH DUA’

Basikal ini mampu berfungsi seperti biasa, namun sedikit tidak selesa buat pengayuhnya. - YouTube


Back To Whats Hot

KIEV – Seorang jurutera dan YouTuber dari Ukraine, Sergei Gordieiev mereka cipta sebuah basikal yang luar biasa apabila roda pada bahagian belakangnya dilihat seperti patah dua, lapor laman Oddity Central.

Basikal pelik itu secara asasnya mempunyai separuh bahagian roda belakang di tengah dan separuh lagi di hujung.

Apa yang menarik, walaupun rekaan rodanya tidak lengkap, namun ia masih boleh berfungsi seperti basikal biasa.

Gordieiev memasang separuh tayar pada roda menggunakan paip dan rivet, yang boleh menjejaskan keselesaan pemanduan yang ada pada basikal bertayar sempurna.

Bagaimanapun, ia adalah satu-satunya penyelesaian realistik dalam membolehkan basikal tersebut dikayuh seperti biasa.

Meskipun basikal separuh roda itu tidak sempurna, namun jurutera muda berkenaan membuktikan ia sekurang-kurangnya mampu berfungsi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini