WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

RIHANNA ATASI KYLIE JENNER JADI BILIONAIR WANITA TERMUDA

Rihanna diisytiharkan sebagai bilionair termuda oleh Forbes untuk tahun ketiga berturut-turut. – Getty/BET


Back To Whats Hot

WASHINGTON – Penyanyi pop terkemuka, Rihanna telah mengatasi mogul kecantikan, Kylie Jenner sebagai bilionair wanita termuda (hasil usaha sendiri) menerusi senarai tahunan Forbes, lapor akhbar The Sun, semalam.

Wanita berusia 34 tahun itu memperoleh gelaran tersebut setelah menduduki senarai dengan nilai kekayaan bersih $1.4billion (RM6.19 bilion).

Rihanna mendapat tempat ke-21 dalam senarai keseluruhan dan merupakan satu-satunya bilionair dalam senarai itu yang berusia bawah 40 tahun.

Sebahagian daripada kekayaan penyanyi itu didedikasikan kepada kerjayanya setelah memenangi anugerah Grammy dengan lagu hits seperti ‘Umbrella’ yang menampilkan Jay-Z dan ‘Run This Town’.

Bagaimanapun, majoriti pendapatannya turut terkumpul daripada pelbagai jenama runcitnya termasuk Fenty Beauty, Fenty Skin dan Savage X Fenty.

Sementara itu, Jenner yang berusia 24 tahun pernah menduduki senarai itu disebabkan pelbagai usaha perniagaannya dan jumlah wang pada akaun bank miliknya.

Ibu kepada dua anak itu mengasaskan syarikat alat solek, Kylie Cosmetics, memulakan Kylie Baby dan Kylie Skin serta mempunyai banyak kerjasama lain.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini