WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PESAWAT QATAR AIRWAYS HAMPIR LANGGAR BELON

Rakaman penumpang pesawat yang berdepan saat-saat cemas ketika mengelak belon iklan yang diterbangkan tanpa pemandu. - Rafael Freitas


Back To Whats Hot

BRASILIA, Brazil – Penumpang pesawat Qatar Airways berdepan saat-saat cemas apabila hampir berlanggar dengan sebiji belon hanyut ketika mahu melakukan pendarat di Brazil, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Kemunculan belon itu telah memaksa juruterbang untuk membelokkan pesawat ke kanan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.

Rakaman momen dramatik yang diambil oleh salah seorang penumpang bernama Denio Costa menunjukkan belon tersebut berada sangat dekat dengan sayap kiri pesawat.

Juruterbang Boeing 777 yang berlepas dari Doha terpaksa membuat gerakan mengelak apabila pesawat itu menghampiri landasan lanjutan di Sao Paulo, Brazil.

Seorang penduduk tempatan, Rafael Freitas pula berjaya merakam gambar belon itu ketika ia terbang hampir dengan pesawat.

Jurucakap Qatar Airways memaklumkan penerbangan QR779 berjaya mendarat dengan selamat.

“Kapten pesawat telah memfailkan laporan berikutan kejadian itu yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Brazil,” tambah jurucakap berkenaan.

Imej belon itu menunjukkan ia tidak tidak diikat dengan tali atau tanpa pemandu serta memaparkan sepanduk pengiklanan.

Melepaskan belon tanpa pemandu merupakan satu jenayah di Brazil.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini