WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

AISKRIM TIDAK CAIR SAAT DIBAKAR TULAR DI CHINA

TANGKAP layar video menunjukkan aiskrim jenama Chicecream tidak cair apabila dicucuh dengan api. - AGENSI


Back To Whats Hot

BEIJING: Satu jenama aiskrim keluaran China yang dikenali sebagai ‘Chicecream’ menerima kecaman hebat daripada pengguna selepas satu video tular menunjukkan makanan itu tidak cair walaupun dibakar menggunakan pemetik api.

Video tersebut menunjukkan aiskrim itu masih kekal dalam bentuk asal apabila api dicucuhkan terhadapnya.

Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial di negara ini yang kebanyakannya bimbang mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan aiskrim berkenaan.

Selain itu, terdapat satu lagi video serupa menunjukkan aiskrim garam kelapa yang dihasilkan oleh syarikat sama juga tidak cair apabila diletakkan dalam suhu bilik selama satu jam.

Video tersebut dipercayai dirakam di bandar handan di wilayah Hebei di utara China.

Selepas video itu didedahkan, ramai pengguna mendesak syarikat aiskrim tersebut menjelaskan kepada orang ramai mengenai bahan yang mereka guna untuk hasilkan makanan terbabit.

Selain itu, para pengguna turut mempersoalkan harga aiskrim keluaran syarikat itu yang disifatkan mahal berbanding aiskrim biasa.

Aiskrim garam kelapa itu dijual pada harga AS$10 (RM44) sebatang sehingga mendapat jolokan ‘aiskrim Hermes’.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menerusi satu kenyataan menegaskan pihaknya mengikut garis panduan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Adalah tidak saintifik untuk menilai kualiti aiskrim yang kami hasilkan dengan bakar, keringkan atau panaskan makanan itu,” jelas syarikat tersebut.

Pemeriksa makanan kebangsaan, Wang Silu memaklumkan, kebanyakan aiskrim keluaran syarikat tersebut menggunakan bahan pemekat yang selamat digunakan.

Sementara itu, pihak berkuasa pemantauan pasaran Shanghai, di mana jenama itu berpangkalan memaklumkan mereka menyedari mengenai video yang tular dan sudah pun melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini