WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

HOBI KUMPUL BATUAN MELEKAT PADA TAPAK KASUT

Neruno Daisuki yang merupakan artis ilustrasi dan manga menjadi terkenal dalam Twitter selepas berkongsi koleksi batuan kecil


Back To Whats Hot

TOKYO: Seorang lelaki mempunyai hobi pelik apabila dia mengumpul batuan kecil dan bendasing yang melekat celah tapak kasutnya selama setahun.

Neruno Daisuki yang merupakan artis ilustrasi dan manga menjadi terkenal dalam Twitter selepas berkongsi koleksi batuan kecil yang melekat celah tapak kasutnya sejak setahun yang lalu.

Dalam tempoh tersebut, Daisuki berjaya mengumpul 179 batuan kecil, 32 serpihan kaca dan satu kacang.

“Ketika saya membersihkan kasut, saya juga membuang semua benda yang melekat pada tapak kasut.

“Saya berasa adalah membazir jika membuang semua batuan yang melekat dan lebih baik jika dikumpul untuk dijadikan koleksi,” katanya kepada IT Media.

Daisuki juga memberitahu, perjalanannya dari rumah ke kedai serbaneka merupakan antara penyebab utama tapak kasutnya dipenuhi dengan batuan kecil.

Hal itu kerana laluan tersebut dipenuhi dengan batu kerikil.

Selain itu, lelaki berkenaan turut memaklumkan, mengeluarkan batuan kecil yang melekat celah tapak kasutnya bukan proses yang mudah dan memerlukan kesabaran.

Daisuki menjelaskan, pandemik Covid-19 dan perintah berkurung sejak Jun lalu juga merupakan satu daripada sebab dia mula mengumpul batuan kecil pada tapak kasutnya.

Sementara itu, perkongsian Daisuki mendapat sambutan daripada pengguna Twitter yang kebanyakannya memuji kesabaran dan ketelitian lelaki tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini