WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LEPAS BAKAR AL-QURAN, LELAKI CEDERA JIP DIREMPUH

KERETA Mercedes merempuh jip milik Thorsen sehingga menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbalik. - ALTERNATIV MEDIA


Back To Whats Hot

OSLO: Sebuah kenderaan yang membawa ketua kumpulan anti-Islam Norway dirempuh kereta di jalan raya selepas individu itu bertindak membakar al-Quran di luar masjid.

Lapor Daily Mail, ketika kejadian, ketua kumpulan Stop the Islamisation of Norway (SIAN), Lars Thorsen sedang memandu kenderaan jip menuju ke Oslo kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan).

Video dirakam oleh seorang aktivis menunjukkan sebuah kereta Mercedes B-Class berwarna kelabu merempuh jip milik Thorsen sehingga menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbalik.

Menurut polis, lima penumpang jip termasuk Thorsen cedera dengan seorang dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, polis memaklumkan tiada penumpang yang mengalami cedera parah.

Jelas polis, dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Mercedes itu ditahan serta didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah.

“Dua wanita itu berada di lokasi beberapa minit sebelum nahas ketika Thorsen dan ahli kumpulannya membakar al-Quran di luar masjid di pinggir bandar Mortensrud, Oslo,” katanya.

Thorsen dan ahli kumpulannya membakar beberapa naskhah kitab suci itu di kawasan majoriti penduduk Islam sebelum menuju ke masjid berkenaan.

“Pergaduhan tercetus antara penduduk Islam dan ahli kumpulan malah mereka yang juga menjerit kata-kata kesat kepada orang ramai. 

“Selepas itu, ahli kumpulan berkenaan menaiki jip dan beredar dari kawasan tersebut,” katanya.

Tambah polis, pihaknya mempunyai rakaman memaparkan dua wanita itu melihat al-Quran dibakar dan cuba membantu memadamkan kitab suci itu sebelum memandu memburu Thorsen.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini