WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MENARA EIFFEL KARAT, PERLU BAIK PULIH

Beberapa laporan mendakwa mercu tanda terkenal di Perancis, Menara Eiffel kini berada dalam keadaan daif


Back To Whats Hot

PARIS: Beberapa laporan mendakwa mercu tanda terkenal di Perancis, Menara Eiffel kini berada dalam keadaan daif dan dipenuhi karat.

Laporan sulit itu dibocorkan kepada sebuah majalah Perancis yang dikenali sebagai Marianne.    

Laporan tersebut mendakwa menara ikonik Paris itu memerlukan pembaikan sepenuhnya, namun ia hanya diubah suai pada bahagian luaran bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

Menara setinggi 324 meter itu dibina pada 1889 yang menjadi pameran dunia.

Menara Eiffel dianggarkan mempunyai 2.5 juta rivet dan dibina menggunakan besi lopak yang dicipta di Britain semasa Revolusi Perindustrian menerusi proses yang menghasilkan besi tempa bermutu tinggi dan lebih tulen.

Sebelum dibuka, menara tersebut dicat empat lapisan cat plumbum merah.

Sementara itu, seorang jurutera awam dari Syarikat Eiffel yang membina monumen tersebut menyifatkan usaha mengenal pasti dan menghentikan penyebaran karat merupakan cabaran terbesar untuk jangka hayat pembinaan menara itu.

Malah, syarikat itu turut mencadangkan agar Menara Eiffel dicat setiap tujuh tahun.

“Cat adalah bahan penting untuk melindungi struktur logam dan penjagaan ini merupakan satu-satunya jaminan jangka hayat monumen itu.

“Perkara yang paling penting adalah mengelakkan karat berlaku,” katanya.

Menara Eiffel ketika ini sedang menjalani proses pengecatan semula yang bernilai 60 juta euro (RM276.5 juta) sebagai persediaan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Setakat ini, ia merupakan kali ke-20 monumen itu dicat semula.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini