• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BAPA DIKECAM RAKAM ANAK 5 TAHUN TUNGGANG MOTOSIKAL

Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang belajar menunggang motosikal sambil diawasi bapanya. – Instagram Beritaindonesia


Back To Whats Hot

JAKARTA – Tindakan seorang bapa merakam video anaknya yang berusia lima tahun menunggang motosikal dikecam netizen yang menyifatkan aksi itu sebagai berbahaya, lapor laman berita Viva  kelmarin.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram, seorang kanak-kanak perempuan dilihat menunggang motosikal jenis skuter di sebuah kawasan lapang.

Kaki kanak-kanak itu bagaimanapun tidak cukup panjang untuk berpijak ke tanah.

Budak perempuan berusia lima tahun itu dikatakan sedang belajar menunggang motosikal sambil diawasi bapanya.

“Kanak-kanak belajar menunggang motosikal di bawah pengawasan bapanya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video berkenaan menjadi tular dan menerima kecaman kerana perbuatan tersebut dianggap berbahaya.

“Mengapa mahu ajar anak sekecil itu menunggang motosikal? Mahu kelihatan hebatkah? Itu bukan sayangkan anak, itu membahayakan anak,” kata seorang netizen.

“Kalau terjadi apa-apa perkara buruk, barulah ibu bapa mahu menangis. Kalau sayangkan anak, jagalah baik-baik,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini