WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BERPAUT SATU TANGAN PADA KREN SETINGGI 304 METER

Pemanjat dari Britain ini bergayut sebelah tangan pada ketinggian 304 meter. - Animal News Agency


Back To Whats Hot

DUBAI – Seorang pemanjat dari Britain melakukan aksi berani mati apabila dia berpaut menggunakan sebelah tangan pada kren tertinggi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita MailOnline.

Adam Lockwood yang merupakan pemanjat profesional telah menyamar sebagai pekerja tapak pembinaan bagi tujuan tersebut. Dia melakukan aksi berani itu pada ketinggian lebih 300 meter di atas bangunan pencakar langit setinggi 77 tingkat, Il Primo yang terletak bersebelahan dengan bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Lockwood dapat melihat pemandangan panorama kota raya Dubai ketika berpaut pada palang logam ang dilitupi minyak gris.

Sekiranya jatuh dari ketinggian tersebut, badannya akan mengambil masa kira-kira sembilan saat sebelum menghempas tanah.

“Semasa saya mula-mula melihat rakaman itu, saya terfikir sendiri bahawa ini perkara paling luar biasa yang pernah saya lakukan’

“Jika saya ditangkap oleh pihak berkuasa disebabkan pengalaman istimewa ini, ia adalah sangat berbaloi dengan risiko tindakan  undang-undang yang bakal diterima,” katanya.

Menurut Lockwood, sebaik  sahaja selesai melakukan aksi penuh risiko  itu, dia pulang ke hotel penginapannya  dan tidur sepanjang hari kerana kepenatan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini