WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BANK DI THAILAND TERIMA POKOK DURIAN SEBAGAI CAGARAN

Seorang lelaki memotong buah durian dari pokok di sebuah ladang di Bangkok, Thailand. - Takaki Kashiwabara


Back To Whats Hot

 

BANGKOK – Penduduk Thailand yang menanam pokok berharga seperti durian dan nangka boleh menjadikannya cagaran untuk memohon pinjaman kewangan di bank tempatan, lapor akhbar The Nation semalam.

Penggunaan pokok berharga sebagai cagaran untuk pinjaman bank telah mencapai banyak kejayaan sehingga Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha menggalakkan penduduk kampung menanam lebih banyak pokok sedemikian.

Pokok lain yang boleh dijadikan cagaran termasuk jati, asam jawa, kayu hitam dan kayu hitam Burma.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek berkata, Prayut dimaklumkan mengenai kejayaan inisiatif cagaran tanaman itu melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan yang bertanggungjawab mendidik pemimpin dan masyarakat luar bandar mengenai faedah menanam pokok berharga.

“Skim cagaran pokok berharga semakin mendapat perhatian penduduk tempatan dan mereka  semakin berminat untuk memulakan tanaman tersebut.

“Ini adalah salah satu langkah Perdana Menteri untuk meningkatkan kawasan hijau di negara ini dan dalam masa sama, memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan pinjaman kewangan,” kata Ratchada.

Sehingga 20 Mei, sebanyak 146,000 pokok telah didaftarkan sebagai cagaran untuk pinjaman bernilai 137 juta baht (RM17 juta).

Daripada jumlah itu, 318 telah berdaftar dengan Bank Koperasi Pertanian  untuk pinjaman bernilai tiga juta baht (RM372,000,000),  23,000 pokok dengan Krung Thai Bank untuk 128 juta baht (RM15.9 juta) dan 120,000 pokok dengan organisasi kewangan kecil untuk enam juta baht (RM745,000).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini