• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PELOMBONG TEMUKAN FOSIL HAMPIR LENGKAP ANAK GAJAH PURBA DI KANADA

Fosil yang dinamakan ‘Nun cho ga’ atau bermaksud anak haiwan besar itu kelihatan hampir sempurna


Back To Whats Hot

OTTAWA: Kumpulan pelombong di lombong emas Klondike di utara Kanada dikejutkan dengan penemuan fosil hampir lengkap seekor anak gajah purba ketika melakukan kerja-kerja penggalian.

Pakar paleontologi, Grant Zazula berkata, fosil yang dinamakan ‘Nun cho ga’ atau bermaksud anak haiwan besar itu kelihatan hampir sempurna apabila kulit dan bulunya masih terpelihara dengan baik.

“Saya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fosil ini,” katanya.

Fosil itu ditemukan ketika kerja-kerja penggalian lombong dilakukan di kawasan tanah beku di selatan bandar Dawson di wilayah Yukon yang bersempadan dengan Alaska.

Anak gajah purba itu dipercayai betina dan mati semasa zaman ais, lebih 30,000 tahun lalu.

Penemuan itu secara tidak langsung menjadi fosil pertama yang hampir lengkap dan masih terpelihara ditemukan di Amerika Utara.

Sebahagian fosil gajah purba yang dinamakan Effie ditemukan pada 1948 di lombong emas di Alaska.

Satu lagi fosil gajah purba, Lyuba juga ditemukan di Siberia pada 2007.

Menurut kerajaan Yukon, saiz Nun cha go dan Lyuba hampir sama.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini