WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BAYAR RM1,400 UNTUK TIDUR BERBUMBUNGKAN LANGIT

TEMPAT tidur dengan pemandangan mempesonakan di lereng bukit di kampung Saillon, selatan Switzerland


Back To Whats Hot

VALAIS: Sebuah hotel di kampung Saillon, selatan Switzerland menawarkan pengalaman bermalam berkonsepkan terbuka tanpa dinding, bumbung dan pintu.

Lapor Reuters, hotel ‘Zero Star’ yang diilhamkan pasangan adik beradik, Frank Riklin dan Patrik Riklin menawarkan harga 275 pound (RM1,400) bagi satu malam dengan kemudahan seperti katil, meja dan lampu.

Konsep itu bertujuan membiarkan tetamu memikirkan masalah di dunia seperti perubahan iklim, peperangan serta kerosakan yang ditimbulkan akibat tangan manusia di bumi.

“Tidur bukan tujuan utama kami menyediakan penginapan ini. Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan maklum balas terhadap situasi dunia sekarang.

“Bermalam di sini adalah satu kenyataan tentang keperluan melakukan perubahan segera dalam masyarakat.

“Sekarang bukan masa untuk tidur dengan nyenyak, kita perlu memikirkan masalah dunia. Jika kita meneruskan arah yang sama seperti hari ini, mungkin terdapat lebih banyak tempat yang sudah tidak indah lagi,” kata Patrik Riklin.

Projek tersebut dibangunkan bersama pengusaha hotel, Daniel Charbonnier yang menawarkan tempat tidur di tepi jalan bersebelahan stesen minyak, lereng bukit dan ladang anggur dengan pemandangan yang mempesonakan.

Pakej turut dilengkapi perkhidmatan penyedia makanan bagi sarapan dan minuman yang akan bermula 1 Julai hingga 18 September depan.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini