• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

BANDAR SEPANYOL LARANG PENGUNJUNG BUANG AIR KECIL DALAM LAUT

Pengunjung berdepan hukuman denda £640 (RM3,449) sekiranya didapati membuang air kecil ketika berada di dalam laut


Back To Whats Hot

VIGO, SEPANYOL – Pengunjung pantai di bandar Vigo, Sepanyol berdepan hukuman denda sebanyak £640 (RM3,449) sekiranya didapati membuang air kecil ketika berada di dalam laut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Majlis perbandaran bandar tersebut menyenaraikan tindakan itu sebagai ‘kesalahan kecil peraturan kebersihan’, demikian menurut media tempatan.

Pihak majlis bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai bagaimana tindakan membuang air kecil di dalam laut akan dikesan, terutamanya apabila kebanyakan individu melakukannya di kawasan air dalam.

Selain kesalahan tersebut, pegawai-pegawai penguatkuasa  juga mempertimbangkan untuk mendenda pengunjung yang mencuci  di laut atau meninggalkan sampah-sarap di pantai.

Mereka yang meletak peralatan barbeku atau silinder gas di atas pasir juga akan disenaraikan sebagai kesalahan.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Sepanyol melarang pengunjung lelaki tidak berbaju ketika berada di kawasan pantai dengan mengenakan denda sebanyak £2,500 (RM13,472).

Pengunjung wanita pula turut ditegah memakai bikini atau pakaian renang dengan denda berjumlah £250 (RM1,347).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini