WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LELAKI AUSTRALIA LAKUKAN 3,182 TEKAN TUBI DALAM MASA SATU JAM

Scali melakukan senaman tekan tubi sebanyak 3,182 kali dalam masa sejam. - Guinness World Records


Back To Whats Hot

CANBERRA – Seorang lelaki di Australia memecah Guinness World Records apabila melakukan 3,182 tekan tubi dalam masa sejam, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Daniel Scali mengatasi rekod terdahulu milik rakan senegara­nya, Jarrad Young yang melakukan 3,054 tekan tubi pada 2021.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di laman web Guinness World Records, Scali melakukan cubaan memecah rekod dunia tersebut sekalipun menghidap sindrom sakit kronik kompleks (CRPS).

“Pemegang rekod dunia plank, Daniel Scali mencipta rekod baharu dalam rakaman video ini. Dia melakukan paling banyak tekan tubi dalam masa sejam. 

“Saksikan percubaannya dan dengarkan kata-kata daripada mulutnya sendiri,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Menurut Scali, dia mengalami sindrom CRPS selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika berusia 12 tahun.

Kehidupannya selepas itu  menjadi sukar. Sehingga kini pun, badannya masih sakit-sakit di­sebabkan  sindrom tersebut.

“Otak saya memberi isyarat yang salah kepada lengan iaitu bahagian  badan saya yang bermasalah akibat CRPS. Jadi, apa sahaja  aktiviti melibatkan lengan seperti sentuhan lembut, pergerakan atau sekiranya terkena tiupan angin atau air, semua ini akan menyebabkan saya berasa sakit,” kata Scali.

“Namun, saya harus tabah. Saya mengubah gaya hidup dengan melakukan rejim senaman yang ketat dan mengamalkan diet berprotein tinggi bagi memecahkan rekod dunia ini,” katanya.

Pada Ogos 2021, Scali mencatatkan rekod dunia bagi senaman plank perut (lelaki) paling lama iaitu selama 9 jam 30 minit dan 1 saat.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini