WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PENDUDUK DUNIA TIDAK MAHU TERLALU KAYA, CUKUP RM44 JUTA SEPANJANG HAYAT

Kajian mendapati masyarakat tidak mengimpikan kekayaan setaraf bilionair untuk menjalani kehidupan ideal sepanjang hayat


Back To Whats Hot

LONDON – Satu kajian baharu mendedahkan bahawa majoriti penduduk dunia tidak mahu bergelar bilionair atau mengimpikan kekayaan yang sangat luar biasa, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik kajian berkenaan berkata, majoriti orang ramai tidak mahu kekayaan melebihi AS$10 juta (RM44 juta) untuk menjalani kehidupan yang ideal.

Keputusan kajian turut menunjukkan bahawa prinsip ekonomi dinamakan kehendak tanpa batas bahawa manusia mahukan wang dan harta benda tanpa had bukan sentiasa benar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk merupakan manusia paling kaya di dunia ketika ini dengan nilai kekayaan bersih berjumlah AS$216 bilion (RM950 bilion).

Namun, kebanyakan responden secara idealnya selesa memiliki aset yang jauh kurang daripada kekayaan Musk, mungkin kerana berpendapat bahawa jumlah yang sangat besar itu dianggap tamak.

Kajian baharu itu diketuai oleh ahli psikologi  Universiti Bath, Bath Spa dan Exeter di England dan diterbitkan dalam jurnal Nature Sustainability.

Dalam  kajian itu, pasukan penyelidik melakukan tinjauan terhadap 7,860 orang di 33 buah negara yang merangkumi enam benua untuk melihat berapa banyak wang yang mereka mahukan untuk mencapai kehidupan  ideal.

Majoriti responden berpendapat bahawa mereka akan mencapai kehidupan ideal apabila memiliki kekayaan cuma AS$10 juta, malah di sesetengah negara, nilai kehidupan ideal responden adalah serendah AS$1 juta (RM4.4 juta).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini