WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SYARIKAT AUSTRALIA TAWAR KHIDMAT SIMPAN MAYAT UNTUK ‘DIHIDUPKAN SEMULA’

GAMBAR menunjukkan ruang simpanan mayat yang disediakan oleh syarikat Cryonics di Australia. - Cryonics Institute


Back To Whats Hot

CANBERRA – Sebuah syarikat di Australia menawarkan peluang kepada orang ramai untuk ‘kembali hidup selepas mati’ dengan cara menyimpan ‘mayat’ mereka di dalam peti sejuk beku kriogenik.

Menurut akhbar Daily Star, ‘mayat’ tersebut akan dihidupkan kembali oleh sains pada masa akan datang.

Menerusi perkhidmatan disediakan syarikat bernama Cryonics itu, badan peserta akan direndam di dalam cecair nitrogen dan disimpan di dalam peti keluli pada suhu sekitar -200 darjah Celsius.

Menurut akhbar Daily Mail, keadaan itu akan membuatkan otak manusia berpeluang untuk hidup sekiranya peti tersebut bocor.

Ruang itu juga dibina dengan harapan bahawa kebangkitan semula manusia akan berlaku di masa hadapan.

“Sebaik sahaja kemajuan perubatan tertentu berjaya dicapai pada masa hadapan, peserta mungkin boleh dihidupkan semula,” demikian kenyataan pada laman web Cryonics.

Setakat ini, terdapat 40 ruang penyimpanan yang kebanyakannya dibina khas untuk pengasasnya. Cryonics merancang untuk menambah 600 lagi ruang penyimpanan.

Kemudahan berteknologi tinggi itu dibangunkan di sebuah kawasan pedalaman di Holbrook dalam negeri New South Wales.

Individu yang berminat perlu membayar sekitar £84,793 (RM456,327) untuk mendaftar.

Bagaimanapun, tiada jaminan atau bayaran balik bagi sesiapa yang cukup berani untuk mendaftar.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini