WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LELAKI ‘SERIGALA JADIAN’ MILIKI IBU JARI 14 SENTIMETER

Lelaki itu memberitahu kelebihan itu adalah sebahagian daripada genetik keluarga yang jarang-jarang berlaku. - TikTok


Back To Whats Hot

BOSTON – Seorang lelaki menerima gelaran serigala jadian kerana memiliki ibu jari tangan yang boleh memanjang sehingga 13.97 sentimeter (sm), lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Jacob Pina dari Westportm negeri Massachusetts, menjadi tular di media sosial selepas dia memuat naik video ibu jarinya yang ‘dipatahkan dan tumbuh semula’.

Dalam salah satu video tersebut, dia meletakkan ibu jarinya di bawah air paip dan mula meregangkannya dan membiarkan jari itu memanjang sehingga beberapa sentimeter.

Ibu jari yang kelihatan ganjil itu lebih panjang daripada botol air bersaiz mini dan sama panjang dengan alat kawalan jauh televisyen.

Ramai penonton terkejut dengan perubahan luar biasa jari Pina dan bertanya adakah ia helah silap mata.

“Ini adalah soalan yang sangat bagus, jawapannya  mudah kerana kebolehan ini adalah  disebabkan faktor genetik.

“Mungkin saya berketurunan makhluk asing atau E.T maka kelebihan memanjangkan ibu jari termasuk dalam genetik keluarga,” jawab Pina dalam nada bergurau.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini