• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LELAKI ‘KULIT ULAR’ KIKIS KULIT MENGELUPAS SELANG EMPAT HARI

MAJIBAR yang berasal dari Bengal Barat menderita penyakit kulit kronik, eritroderma. - JAMPRESS


Back To Whats Hot

NEW DELHI : Seorang lelaki di Bengal Barat terpaksa mengikis kulitnya selang empat hari sehingga digelar sebagai ‘lelaki berkulit ular‘ oleh rakan-rakannya.

Lapor Mirror, Majibar Rehman Malik, 25, menderita penyakit kulit kronik, eritroderma iaitu keradangan kulit yang teruk dan berpotensi mengancam nyawa.

Keadaan ini sering dicirikan oleh kulit yang bertukar merah dan mengelupas serta turut dikenali sebagai sindrom ‘lelaki merah’.

Majibar dipercayai menghidap penyakit itu sejak lahir dan dia kerap mengalami kulit kering yang merekah semasa musim sejuk.

Selepas berjumpa doktor di kampung halamannya di Bihar, dia dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

Namun, keluarganya tidak mampu menampung rawatan lanjut perubatannya akibat kekangan kewangan.

Majibar berdepan detik sukar sejak zaman kanak-kanak kerana murid lain berasa ‘takut’ melihat keadaan dirinya, sehingga dia dibuang sekolah.

Menerusi sebuah klip video yang memaparkan ‘diari’ hidupnya, Majibar berkongsikan rutin hariannya yang tinggal bersama ibu bapa dan dua abangnya di dalam sebuah pondok kecil dalam sebuah kampung.

Tidak timbul sekelumit rasa malu untuk dia berkongsikan keadaan dirinya kepada khalayak.

Sambil memberus gigi, dia menunjukkan keadaan wajahnya yang mengelupas dan mata berwarna merah.

Majibar tidak segan-silu menunjukkan kulit di badannya yang kelihatan berkedut, kering, merekah dan sensitif.

Rakaman video itu diakhiri dengan Majibar meletakkan titisan cecair ke dalam matanya bagi mengelakkan kekeringan kerana matanya tidak dapat berkelip.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini