WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KENDALL JENNER DIKECAM TIDAK PANDAI POTONG TIMUN

KENDALL Jenner gagal memotong timun ketika muncul dalam episod terbaharu rancangan realiti, The Kardashians. - Hulu


Back To Whats Hot

CALABASAS, CALIFORNIA – Kendall Jenner menerima kecaman di media sosial pada Khamis lalu selepas rakamannya terkial-kial memotong sebatang timun tular, lapor portal berita MailOnline semalam.

Supermodel berusia 26 tahun itu dikecam susulan penampilan sulungnya dalam episod terbaharu rancangan realiti, The Kardashians di mana kemahiran masakannya yang kurang cemerlang dipamerkan.

Dalam episod itu, Kendall dilihat melawat rumah agam ibunya, Kris Jenner di Calabasas, Los Angeles di mana dia memutuskan untuk menyediakan sendiri salad buat Kris.

Dia menolak tawaran Kris untuk meminta chef professional mereka menyediakan makanan seperti kebiasaan.

Kendall bertegas mahu menyediakannya dengan sendiri kerana menganggap kerja memotong timun adalah mudah.  

Wanita itu cuba memotong sayur tersebut dengan membengkokkan tangannya dalam posisi yang dilihat sangat janggal, manakala ibunya memandang dengan perasaan bingung.

Tidak lama kemudian, Kendall mengalah dan mengakui bukan pemotong timun yang baik dan dilihat takut-takut memegang pisau.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini