WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DENDA RM100,000 JIKA TEKAN HON KERETA SESUKA HATI

Pemandu yang menekan hon dengan cuai semasa berada di kesesakan lalu lintas akan dedenda


Back To Whats Hot

LONDON – Pemandu di Britain kini boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348) sekiranya mereka membunyikan hon dalam kawasan yang tidak bersesuaian, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pemandu yang menekan hon dengan cuai semasa berada di kesesakan lalu lintas akan dedenda sebanyak £30 (RM161) dan jika melakukannya secara berterusan, mereka akan dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,367).

Denda baharu itu ditetapkan mengikut peraturan 112 Kod Lebuhraya. Sekiranya membunyikan hon di premis-premis komersial, pemandu boleh dikenakan denda sehingga £20,000 (RM107,348).

“Hon hanya boleh digunakan apabila kenderaan anda bergerak tetapi mahu memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain tentang kehadiran anda. Jangan sesekali membunyikan hon anda secara agresif. 

“Anda tidak boleh mengguna hon semasa tidak memandu di jalan raya atau di kawasan bangunan antara 11.30 malam hingga 7 pagi (waktu tempatan) kecuali pengguna jalan raya lain mendatangkan bahaya,’’ demikian menurut undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, majlis perbandaran dilaporkan boleh mengenakan denda jika pemandu melakukan kesalahan kecil mulai akhir bulan ini. 

Majlis tempatan yang sama kini mempunyai kuasa untuk mendenda pemandu yang membunyikan hon dengan berlebihan di bawah undang-undang pencemaran bunyi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini