WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LIPAS BERSARANG TIGA HARI DALAM TELINGA LELAKI

Seorang lelaki menyangka telinganya dimasuki air tanpa menyedari sebenarnya terdapat lipas bersarang di dalamnya


Back To Whats Hot

AUCKLAND: Seorang lelaki menyangka telinganya dimasuki air tanpa menyedari sebenarnya terdapat lipas bersarang di dalamnya.

Zane Wedding, 40, memberitahu, dia mulanya pergi berenang di sebuah kolam, di sini baru-baru ini sebelum merasakan ada sesuatu di dalam telinganya.

“Saya menyangka air termasuk ke dalam telinga ketika berenang, menyebabkan saya menitiskan ubat untuk membersihkan telinga.

“Namun, telinga saya masih berasa seperti tersumbat menyebabkan saya pergi ke klinik dan doktor menyarankann supaya menggunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan air di dalam telinga,” katanya seperti yang dilapor CNN.

Namun, keadaan tetap sama menyebabkan lelaki itu berjumpa dengan pakar hidung, tekak dan telinga bagi melakukan pemeriksaan menyeluruh.

Jelas Wedding, dia terkejut selepas doktor memaklumkan ada seekor lipas bersarang dalam telinganya.

“Doktor mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan lipas itu dan saya lega apabila serangga itu akhirnya keluar.

“Insiden itu menimbulkan trauma kepada saya dan selepas ini akann lebih berhati-hati jika terjumpa lipas,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini