WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SUAMI ISTERI MAHU ‘HIDUPKAN SEMULA’ JENAZAH ANAK

Anak pasangan itu didakwa meninggal dunia akibat penyakit tibi atau batuk kering sejak tiga bulan lalu


Back To Whats Hot

PEMALANG: Sepasang suami isteri dari Dusun Sokatat, Pemalang, Jawa Tengah dilaporkan menyimpan jenazah anaknya yang berusia 14 tahun selama tiga bulan di rumah mereka.

Anak pasangan itu didakwa meninggal dunia akibat penyakit tibi atau batuk kering sejak tiga bulan lalu.

Polis mengunjungi rumah pasangan tersebut selepas menerima laporan mengenainya dan memujuk mereka supaya mengebumikan segera jenazah anak mereka.

Ketua Polis Moga, Dibyo Suryanto berkata, ketika ditemukan, mayat anak pasangan itu sudah mereput dan berbau, selain jiran tentangga tidak menyedari kematian anak suami isteri tersebut kerana kedudukan rumah mereka yang terletak jauh antara satu sama lain.

Selain itu, pasangan tersebut juga tidak memaklumkan kepada sekolah mengenai kematian anak mereka sehinggalah laporan polis dibuat.

“Pasangan suami isteri itu tidak dapat menerima kematian anak mereka sehingga sanggup menyimpan jenazahnya bagi melakukan ritual untuk ‘menghidupkan semula’ anaknya.

“Selepas beberapa kali dipujuk, suami isteri itu akhirnya bersetuju mengebumikan jenazah anak mereka, selain mereka juga diberikan sokongan psikologi untuk berdepan dengan kehilangan tersebut,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini