WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SANGGUP IKLAN DIRI UNTUK CARI JODOH

Muhammad Malik bersama papan iklan yang digunakan untuk mencari jodoh. - Foto Instagram


Back To Whats Hot

London: Cari jodoh menerusi papan iklan. Itu tindakan dilakukan seorang lelaki di Birmigham yang mengiklankan dirinya di papan iklan untuk mendapatkan jodoh sesuai.

CNN melaporkan, Muhammad Malik, 29, mengambil pendekatan yang berbeza dan tidak menggunakan platform media sosial, seperti kebanyakan orang.

Dia menjadikan papan iklan di Birmingham di UK mengiklankan dirinya.

Malik berkata, dia menyukai makanan, bergurau senda dan belajar lebih banyak berkaitan agama Islam.

Papan tanda itu tertera 'selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur' dan turut memuatkan laman webnya supaya bakal isteri boleh menghubunginya dan mengetahui apa yang diinginkan.

Dalam video di laman web Carikan Malik Seorang Isteri, Malik berkata, dia seorang usahawan, penggemar makanan, beragama dan mencari seseorang yang menjaga agama.

"Saya belum menemui gadis yang sesuai. Ia sukar di luar sana. Saya terpaksa menggunakan papan iklan untuk dilihat orang," katanya ketika ditanyai mengenai tindakannya itu.

Malik berkata, dia berminat dengan 'keperibadian dan kepercayaan' berbanding perkara lain dan mengesahkan dia serius serta papan itu bukan satu jenaka.

Katanya, dia bukan menentang perkahwinan diatur, tetapi berpendapat ia mempunyai tempat dan tradisi dalam banyak budaya Islam.

"Saya hanya mahu mencuba dan mencari seseorang sendiri dahulu," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini