WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

COVID-19: SELEPAS DELTA DAN OMICRON, ANCAMAN ‘IHU’ DAN ‘FLURONA’?

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah


Back To Whats Hot

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Jan hingga pukul 12:00tgh 7 Jan 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.77 juta kes. Di peringkat global, lebih 300 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.4 juta. Lebih 257 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- ‘IHU’ dan ‘Flurona’ mungkin mencetuskan ancaman kepada dunia dalam ketika kebanyakan negara terus bergelut mengekang lonjakan baru kes COVID-19 akibat varian Delta dan terkini, Omicron.

Para saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu berkenaan, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

Menurut laporan media antarabangsa Selasa lepas, kes IHU dikaitkan dengan pengembara yang pulang ke Perancis dari Cameroon, terletak di bahagian tengah Afrika dengan 12 kes dikesan di Marseille, selatan Perancis setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipetik berkata, “IHU sememangnya berada dalam pengawasan mereka dan ia dikesan serentak dengan penemuan varian Omicron di Afrika Selatan.”

Sementara itu, Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza serta COVID-19 serentak dan wanita yang dijangkiti itu sedang hamil, dilaporkan tidak mengambil sebarang vaksin.

Kes Flurona ini dipercayai yang pertama di dunia.

KES OMICRON DAN PERKEMBANGAN COVID-19 DI MALAYSIA

Sejak kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mengesan kes jangkitan varian Omicron import dan penularan tempatan.

Pada Khamis 6 Januari, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan 44 lagi kes positif COVID-19 disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (Whole Genome Sequencing/WGS) dan tujuh (7) kes positif COVID-19 jangkitan tempatan di Sarawak disahkan varian Omicron.

Daripada 44 kes berkenaan, 29 kes dari Arab Saudi, 5 kes dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), 5 kes dari Kazakhstan, 3 kes dari United Kingdom, 1 kes dari Amerika Syarikat dan 1 kes dari Tanzanaia.

Dengan 44 kes terbaharu itu, Malaysia kini mempunyai rekod 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan. Daripada 245 kes itu, 157 kes (64.08 peratus) melibatkan jemaah umrah.

Sebelum itu pada Selasa 4 Januari, Khairy mengumumkan sebanyak 58 kes positif COVID-19 disahkan varian Omicron dengan 54 kes jangkitan import manakala empat kes penularan tempatan, dilaporkan di Kedah, dipercayai jangkitan daripada seorang jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron.

Untuk 54 kes import, 39 dari Arab Saudi; 7 kes dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), 4 kes dari United Kingdom; dari Nigeria 2 kes dan setiap 1 dari Kazakhstan dan Perancis.

Sementara itu, Malaysia mencatat sebanyak 3,543 kes harian baharu pada Khamis 6 Jan 2022, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,776,699.

Berikut adalah data kes harian baharu bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (1Jan - 6 Jan 2022):-

1 Jan (3,386), 2 Jan (2,882), 3 Jan (2,690), 4 Jan (2,842), 5 Jan (3,270) dan 6 Jan (3,543).

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,776,699 ini, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,888,917 kes) dan Netherlands (3,247,900 kes).

Daripada 3,543 kes harian baharu yang diumumkan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 53 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 3,490 kes (98.5 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 3,484 kes pesakit COVID-19 diumumkan sembuh semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,705,292 (97.4 peratus).

Sebanyak 203 kes yang disahkan COVID-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 86 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

1 Jan (0.99), 2 Jan (0.99), 3 Jan (0.99), 4 Jan (0.99), 5 Jan ( 0.97) dan 6 Jan ( 0.96).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 6 Jan 2022 ialah WP Labuan (1.10) dan Sabah (1.05).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Perincian kes harian baharu ( 3,543 kes) mengikut negeri setakat pukul

11:59mlm 6 Jan 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Johor 386 (+24), Kedah 201 (+16), Kelantan 269 (+27), Melaka 158 (+10), Negeri Sembilan 136 (+24), Pahang 245 (+15), Perak 151 (+15), Pulau Pinang 206 (+16), Sabah 242 (+3), Selangor 809 (+110), Terengganu 138 (+15) dan WP Kuala Lumpur 153 (+76).

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 29 (+9), Sarawak 19 dan Perlis 17 (+4).

Setakat 6 Jan 2022, jumlah kluster aktif di Malaysia kini tinggal 190 kluster. Sebanyak 6,150 kluster dikesan di negara ini dan 5,960 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman, berdasarkan data KKM, sebanyak 22 kluster baharu dikesan dan kluster terbanyak adalah kluster tempat kerja, sebanyak 10 kes (45.5 peratus) dan kluster import 5 (22.7 peratus).

Terdapat juga 5 kluster import yang melibatkan jemaah umrah yang kembali ke tanah air dari Arab Saudi, sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

3 Jan - Kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi (Rompin, Pahang); dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan - 6 Jan hingga 19 Jan 2022);
4 Jan - Kluster Jalan Okk Awang Besar Saudi (Labuan, WP Labuan);
5 Jan - Kluster Kampung Tok Panjang Saudi (Kota Bharu, Kelantan)
6 Jan - Kluster Chiku 01 Saudi (Gua Musang, Kelantan); dan Kluster Keratong 2 Saudi (Rompin, Pahang).

Kes import:

1 Jan (346), 2 Jan (333), 3 Jan (300), 4 Jan (332), 5 Jan (252) dan 6 Jan (364}.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

1 Jan (41,034), 2 Jan (40,606), 3 Jan (39,733), 4 Jan (39,682), 5 Jan (39,739) dan 6 Jan (39,779).

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 3,386 kes harian yang dilaporkan pada 1 Jan 2022;
46 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,340 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,882 kes harian yang dilaporkan pada 2 Jan 2022;
49 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
2,833 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,690 kes harian yang dilaporkan pada 3 Jan 2022;
52 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
2,638 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,842 kes harian yang dilaporkan pada 4 Jan 2022;
47 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
2,795 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,270 kes harian yang dilaporkan pada 5 Jan 2022;
69 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,201 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,543 kes harian yang dilaporkan pada 6 Jan 2022;
53 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,490 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

1 Jan (3,547), 2 Jan (3,291), 3 Jan (3,535), 4 Jan (2,862), 5 Jan (3,195) Jan ( 3,484);

* kes kumulatif sembuh sehingga 6 Jan 2022 sebanyak 2,705,292 kes (97.4 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

1 Jan - 26 (BID 3), 2 Jan - 19 (BID 4), 3 Jan - 28 (BID 4), 4 Jan - 31 (BID 9), 5 Jan - 18 (BID 3) dan 6 Jan - 19 (BID 4).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 6 Jan 2022, sebanyak 31,628 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:- 1 Jan - 5 (tempat kerja 4 dan pendidikan 1);
2 Jan - 1 (pendidikan 1);
3 Jan - 3 (tempat kerja 2 dan import 1 );
4 Jan - 2 (pendidikan 1 dan import 1);
5 Jan - 4 (tempat kerja 1, import 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2); 6 Jan - 7 ( tempat kerja 3, import 2, pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 300,808,620 (Rangkuman Minggu terakhir 2021 sebanyak 287,054,304), dengan 5,489,719 kematian (Minggu sebelumnya 5,449,037 kematian. Kes pesakit sembuh sebanyak 257,528,597 berbanding 253,392,501 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis,Turki, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Iran.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 59,466,817 kes (855,332 kes); India 35,223,770 kes (114,484 kes);
Brazil 22,395,322 kes (44,218 kes);
United Kingdom 14,015,065 kes (179,756 kes); Rusia 10,601,300 kes (15,316 kes);
Perancis 11,183,238 kes (261,481 kes); Turki 8,787,274 kes (68,413 kes);
Jerman 7,399,003 kes (56,787 kes) Sepanyol 6,922,466 kes (tiada maklumat); Iran 6,203,046 kes (1,579 kes);

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 115 dengan 102,083 kes dan 189 kes harian baharu.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Kampuchea dan Laos, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 14 - 4,264,669 kes (533 kes); Filipina di tangga 20 - 2,888,917 kes (17,220 kes; Malaysia di tangga 21 - 2,776,699 kes (3,543 kes) Thailand di tangga 25 - 2,245,250 kes (5,775 kes); Vietnam di tangga 28 - 1,843,563 kes (16,472 kes); Myanmar di tangga 67 - 531,624 kes (192 kes); Singapura di tangga 89 - 283,214 kes (813 kes); Kampuchea di tangga 110 - 120,553 kes (18 kes); Laos di tangga 112 - 114,787 kes (tiada maklumat); Brunei di tangga 168 - 15,532 kes (tiada maklumat ).

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu. - Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung

tahun 2020.
- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta

(B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan

Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini