WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KEANU REEVES DERMA 70 PERATUS GAJI FILEM THE MATRIX

Reeves menderma 70 peratus daripada pendapatan yang diperoleh menerusi filem The Matrix iaitu sebanyak AS$31.5 juta untuk penyelidikan leukemia


Back To Whats Hot

NEW YORK – Satu laporan menyatakan bahawa pelakon popular, Keanu Reeves mendermakan sebahagian besar pendapatannya daripada filem The Matrix  kepada sebuah pertubuhan kanser, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Reeves, 57, dilaporkan  dibayar wang pendahuluan AS$10 juta (RM41.81 juta) untuk filem sains fiksyen 1999 itu sebelum memperoleh lebih AS$35 (RM146.34 juta) apabila filem itu mencatat blockbuster pecah panggung.

Menurut laman berita Lad Bible, pelakon itu mendermakan 70 peratus daripada wang itu iaitu sebanyak AS$31.5 juta (RM131.7 juta) untuk penyelidikan leukemia.

Ia kerana adik perempuannya, Kim telah bertarung dengan penyakit barah itu selama lapan tahun.

Kim disahkan menghidap kanser darah pada 1991 dan menghabiskan masa  satu dekad dengan menjalani rawatan sebelum dia akhirnya sembuh.

Bintang filem Speed itu juga secara rahsia menubuhkan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dilaporkan bergiat aktif selama bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian media.

“Saya mempunyai yayasan swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser.

“Saya tidak suka melampirkan nama saya untuk itu dan saya hanya membiarkan yayasan itu melakukan apa yang dilakukannya,” ujar Reeves pada 2009.

Sumber: Kosmo Online
Foto Getty Images
 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini