WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KEMBAR LAHIR TAHUN BERBEZA

Satu pasangan kembar dari California dilahirkan hanya berbeza 15 minit tetapi dalam tahun yang berbeza


Back To Whats Hot

Washington: Satu pasangan kembar dari California dilahirkan hanya berbeza 15 minit tetapi dalam tahun yang berbeza.

New York Post melaporkan, bayi lelaki dilahirkan beberapa minit sebelum berakhirnya 2021, manakala seorang lagi bayi perempuan tepat pada tengah malam 2022.

Ibu pasangan kembar itu, Fatima Madrigal melahirkan bayi Alfredo Antonio Trujillo pada jam 11.45 malam, 31 Disember 2021 di Pusat Perubatan Natividad, California.

Hanya 15 minit kemudian, adik Alfredo, Aylin Yolanda Trujillo pula dilahirkan pada tengah malam tahun baharu iaitu 1 Januari 2022.

Aylin mempunyai berat 2.2 kilogram (kg), manakala abangnya, Alfredo mempunyai berat 2.7 kg, menurut majalah People.

"Tidak sangka apabila mengetahui mereka kembar dan mempunyai hari lahir yang berbeza," kata Madrigal dalam satu kenyataan.

"Saya terkejut dan gembira kerana bayi perempuan tiba pada tengah malam," katanya.

Doktor keluarga di hospital itu, Dr Ana Abril Arias menganggap kelahiran itu adalah unik dan salah satu kelahiran yang paling diingati dalam kerjayanya.

"Adalah suatu keseronokan untuk membantu anak-anak kecil ini (dilahirkan) di sini dengan selamat pada 2021 dan 2022.

"Cara yang menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua bayi itu akan pulang ke rumah bersama ibu dan bapa mereka Robert Trujillo untuk bertemu tiga adik-beradik lain.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini