• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KEMBAR JURUELEKTRIK

Sohna dan Mohna diabaikan oleh keluarga ketika berumur dua bulan


Back To Whats Hot

New Delhi: Kembar siam berusia 19 tahun dari Punjab, India yang dulunya 'dibuang' ibu bapa mendapat pekerjaan pertama mereka dengan bantuan kerajaan negeri.

Independent UK melaporkan Sohna dan Mohna Singh dari bandar Amritsar ditawarkan bekerja sebagai juruelektrik di lembaga elektrik negeri dan ia kerjaya impian mereka.

Punjab State Power Corporation Limited (PSPCL) menawarkan pekerjaan dengan mereka masing-masing menerima pendapatan bulanan kira-kira 10,000 rupee (kira-kira RM558).

Pasangan kembar yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang elektronik akan bekerja di bilik kawalan bekalan.

Mereka ditugaskan menjaga peralatan elektrik.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Punjab kerana mengiktiraf bakat yang ada pada kami.

"Tidak dilupakan terima kasih kepada institut membesarkan kami dan guru yang mendidik dan membantu kami menjadi berdikari," katanya.

Kembar itu menarik perhatian pegawai lembaga sewaktu melawat tapak latihan dan sangat berminat dalam semua perkara elektronik.

Ketua Pengarah Urusan PSPCL, Venu Parsad memberitahu akhbar The Telegraph bahawa kembar itu secara teknikalnya, sihat.

"Jadi, kami memutuskan untuk mengambil mereka di bawah kuota OKU (orang kurang upaya)," katanya.

Kembar itu dilahirkan pada tahun 2003 di sini dan doktor mendapati mereka mempunyai dua jantung dan dua pasang tangan, selain masing-masing mempunyai buah pinggang dan saraf tunjang.

Tetapi mereka berkongsi hati, pundi hempedu, limpa dan sepasang kaki.

Doktor enggan memisahkan kembar itu kerana berkata prosedur itu terlalu berisiko dan boleh menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, nasib kembar itu agak malang apabila ditinggalkan sewaktu berumur dua bulan dan kemudian ditempatkan di pusat perlindungan untuk kanak-kanak daripada keluarga miskin.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini